Wednesday, August 11, 2010

Menerima Tempahan Langsir

Salam & Selamat sejahtera untuk semua....

      Untuk makluman saya menerima tempahan untuk menbuat langsir...pelbagai jenis langsir dan harganya berpatutan. Selain itu,  saya juga menerima tempahan membuat sarung bantal, alas meja, tie beg/pengikat langsir dan lain2 lagi...

 
 


Anda boleh melihat contoh design langsir yang saya lampirkan atau terpulang kepada kehendak&citarasa anda.:-

~CONTOH-CONTOH  DESIGN~




 Box Pleat Valance
___________________________________________





Ring Curtain@Eye Let
___________________________________________




Tab Heading
___________________________________________

 

                                                                             Smokey/Pencil Pleat
 ___________________________________________


                                                                                      Pelmet
___________________________________________

                                                                       Goblet
___________________________________________






Wages Prices@Harga Upah
 

-Ring Curtain@Eye Let (I piece/I keping) RM30.00
-Door (Bidang 60") - RM15.00 per piece
-Box Pleat (1 kaki) - RM15.00
-Goblet (1 kaki) - RM15.00
-Tab Heading (1 piece/1 keping) - RM35.00
-Smokey/Pencil Pleat (1 kaki) - RM20.00


Upah Langsir Lurus - Asas perkiraan adalah 1 Panel RM15.00 ( 7kaki x 60in Bidang ) + RM 5 - RM 15 ( Sekiranya ada penambahan Design/Gabungan Kain)

Setiap langsir yang ditempah, akan dilengkapi dengan hook/penyangkut besi. (siap pasang)


Berminat????????
 ~Klik pada borang tempahan~



                       
Sila Hubungi : 019-3143365/019-3163365 (aina/azril) 
E-mail ke : aina3209@yahoo.com.sg/azril060209@gmail.com






 


Monday, August 9, 2010

BORANG TEMPAHAN LANGSIR

Arahan:
  1. Sila penuhi petak-petak yang berkenaan.
  2. Pastikan para pelanggan memasukan ukuran bagi setiap bahagian kedalam petak yang berkenaan untuk memastikan pegiraan jumlah kain yang diperlukan untuk membuat langsir.
  3. Setelah para pelanggan telah selesai mengisi dan menghantar borang, saya akan menghubungi pelangan untuk memberitahu jumlah kain yang di perlukan.
  4. Sebarang kemusykilan  sila hubungi saya : 019-3143365/0193163365 (Aina/Azril)







    BUTIR-BUTIR PERIBADI

    Name:




    Alamat Kediaman




    Email Address:




    No.Telefon




    ~DESIGN LANGSIR~ Lihat Contoh

    Design Langsir 1




    Bahagian

    Sliding Door

    Tingkap

    Pintu Bilik

    Lain-lain



    Design Lagsir 2




    Bahagian

    Sliding Door

    Tingkap

    Pintu Bilik

    Lain-lain



    MASUKAN UKURAN BAGI SETIAP BAHAGIAN ( LEBAR X LABUH DALAM UNIT INCI UNTUK PENGIRAAN JUMLAH KAIN)

    Sliding Door




    Tingkap 1




    Tingkap 2




    Tingkap 3




    Tingkap 4




    Tingkap 5




    Tingkap 6




    Pintu Bilik 1




    Pintu Bilik 2




    Pintu Bilik 3




    Pintu Bilik 4










    Get your own free form like this one.

    Sunday, August 8, 2010

    Cara Mengukur Untuk Membuat Langsir

    Salam Dan Selamat Sejahtera.....

    Saya hanya ingin membantu, semua ukuran mesti dalam unit inci


    1.Cara mengukur labuh



    2. Cara Mengukur Lebar


    -kembali ke Borang tempahan-

    Sebarang pertayaan lebih lanjut sila hubungi saya 019-3143365/019- 3163365 atau email:aina3209@yahoo.com.sg

    Monday, July 12, 2010

    Tip Meyusun Sofa...





    Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-
    1. Andai ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
    2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
    3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
    4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
    5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
    6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
    7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca
    by: azril&aina D'sign

    Tip Memilih Langsir...mesti lihat sebelum membuat langsir!




           Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.
    Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

    1. Tentukan anggaran bajet.
    Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Yang terbaik biarlah ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

    2. Buat ukuran dan tentukan bentuk langsir
    Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

    3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
    Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

    4. Pilih touch up
    Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

    5. Beli perkakas tambahan yang lain
    Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.

    by:azril&aina D'sign